KOD ETIKA JURUAUDIT DALAM

Integriti

  • Integriti yang membawa maksud keutuhan adalah menjurus ke arah perwatakan jati diri Juruaudit. Juruaudit perlu mengamalkan ciri-ciri perwatakan yang tinggi serta keperibadian yang mulia dan bersih seperti kejujuran, keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, berketerampilan, beradab sopan, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah terpengaruh semasa menjalankan tugasnya. Bagi mengekalkan keyakinan pihak auditi, perwatakan ini hendaklah sentiasa terkawal dan diamalkan. 
  • Integriti memerlukan Juruaudit menghayati prinsip kebenaran dan keadilan. Integriti menghendaki Juruaudit berpegang teguh kepada prinsip objektiviti, sentiasa mematuhi standard tingkah laku profesional dan membuat keputusan secara profesional semasa menjalankan tugas.

Kebebasan, Objektiviti, Adil Dan Saksama

  • Dalam melaksanakan tugas pengauditan, Juruaudit hendaklah bertindak secara bebas, objektif, adil dan saksama. Tindakan tersebut hendaklah diterjemahkan dari segi pemikiran, niat atau perbuatan kerana ini dapat menambahkan keyakinan terhadap kredibiliti Juruaudit tersebut. Justeru itu, Juruaudit tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana entiti dan individu yang mempunyai kepentingan tertentu. 
  • Pendapat Juruaudit hendaklah berasaskan bukti sahih yang diperoleh melalui kaedah pengauditan yang profesional. Pendapat audit yang dikeluarkan hendaklah bebas daripada pengaruh pandangan peribadi ataupun daripada pihak lain yang berkepentingan. 
  • Juruaudit perlu mengekalkan kebebasan daripada pengaruh mana-mana pihak termasuk parti politik atau pertubuhan lain supaya dapat menjalankan tanggungjawab pengauditan dengan adil dan saksama. 
  • Juruaudit hendaklah mempertimbangkan maklumat dan pandangan yang dikemukakan oleh auditi atau pihak lain dalam mengeluarkan pendapatnya. Bagaimanapun, pendapat Juruaudit mestilah dibuat secara bebas, objektif, adil dan saksama setelah mengambil kira maklumat dan pandangan tersebut.

Kompetensi Dan Ketelitian Profesional Yang Sewajarnya

  • Juruaudit hendaklah berusaha meningkatkan kompetensi dan pengetahuan secara berterusan selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa bagi melaksanakan tanggungjawab profesionnya. Juruaudit hendaklah sentiasa melibatkan diri dengan program pembelajaran profesional secara berterusan.
  • Juruaudit tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh semasa menjalankan pengauditan kepada pihak ketiga atau menggunakan kepentingan dirinya sendiri, sama ada secara lisan atau bertulis, kecuali bagi tujuan menepati keperluan perundangan.
  • Juruaudit adalah bertanggungjawab memastikan keselamatan maklumat rahsia yang diperolehnya semasa melaksanakan kerja pengauditan.
  • Pengauditan merupakan salah satu mekanisme untuk memastikan rangka kerja bagi tadbir urus sesebuah organisasi berfungsi dengan baik. Untuk memainkan peranan dengan lebih efektif Juruaudit perlu mengamalkan tadbir urus yang baik dengan melaksanakan tanggungjawabnya secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi membuat keputusan dan menyampaikan hasil. Ia juga melibatkan budaya, strategi dan tatacara berurusan dengan pelbagai pihak berkepentingan.
  • Juruaudit hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan dan perubahan yang terkini dalam bidang pengauditan, perakaunan, pengurusan dan teknologi maklumat serta aktiviti auditi bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme. Juruaudit hendaklah sentiasa kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas pengauditan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.

Kerahsiaan Profesional

  • Juruaudit tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh semasa menjalankan pengauditan kepada pihak ketiga atau menggunakan kepentingan dirinya sendiri, sama ada secara lisan atau bertulis, kecuali bagi tujuan menepati keperluan perundangan.
  • Juruaudit adalah bertanggungjawab memastikan keselamatan maklumat rahsia yang diperolehnya semasa melaksanakan kerja pengauditan.

Tadbir Urus Yang Baik

  • Pengauditan merupakan salah satu mekanisme untuk memastikan rangka kerja bagi tadbir urus sesebuah organisasi berfungsi dengan baik. Untuk memainkan peranan dengan lebih efektif Juruaudit perlu mengamalkan tadbir urus yang baik dengan melaksanakan tanggungjawabnya secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi membuat keputusan dan menyampaikan hasil. Ia juga melibatkan budaya, strategi dan tatacara berurusan dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Sumber :
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 3
JABATAN AUDIT NEGARA 
(Pindaan Mac 2011) 

 

Hak Milik Terpelihara 2014-2015 Team Sistem UAD ( AZRAL,SA'AMAH,AZIZATULAISHAH&ZHAHIR)